Friday, January 24, 2014

Selamanya - Prolog

Amelia turun dari kereta mewah BMW yang  dipandu oleh Pak Mat. Matanya melilau memandang ke segenap taman permainan yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Ramai kanak-kanak sedang aktif bermain. Wah! Sudah meriah tempat itu rupanya. Hampir sepuluh tahun dia tidak menjejakkan kakinya ke situ lagi setelah semuanya berakhir begitu sahaja. Tanpa relanya. Lama dia merenung taman permainan yang dulunya sering menjadi lokasi persinggahannya.
Dia menapak perlahan menuju ke sebuah pohon rendang yang ditemani sebuah bangku kayu yang sudah lusuh warna catnya. Jiwanya terjentik untuk mengusap objek itu. Empangan airmata yang ditahan sedari tadi tumpah jua. Dia terjelepok jatuh ke atas tanah sambil tangannya menutup mukanya agar tidak dilihat oleh kanak-kanak yang berada di situ.
“Lia... Apa hala tuju awak selepas SPM nanti? Maksud saya, apa cita-cita awak sepuluh tahun akan datang?”, tanyanya, tiba-tiba ketika mereka sedang melepak di taman permainan yang terletak tidak jauh daripada sekolah mereka.
Amelia memandangnya pelik. “Kenapa tetiba tanya soalan ni?”. Soalan berbalas soalan.
Lelaki itu tersenyum nipis. “Tak adalah. Selama ni, saya tak pernah tahu cita-cita awak. So, apa salahnya saya tanya soalan tu sekarang”.
“Saya nak...”ujarnya sambil bangun daripada duduk dan memandang langit yang membiru. “Saya nak jadi seorang manusia yang berguna kepada bangsa dan negara” Kedua-dua tangannya digenggam penuh semangat. Sempat juga dia berangan-angan.
Dia sedang berdiri dengan gah dan berlagak di hadapan berpuluh-puluh kamera yang menangkap gambarnya. Di kiri dan kanannya dikelilingi bodyguard yang gagah perkasa dan kacak-kacak serta mempunyai six pack. Di hadapannya pula terdapat ramai wartawan yang hendak mewawancara dirinya.
Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila tangannya seperti ditarik seseorang sehingga membuatnya terdorong ke belakang lalu terduduk di bangku kayu itu. Aduhh ! Sakitnya ! Lelaki yang menariknya sebentar tadi membuat muka don’t know bagaikan tiada apa yang berlaku. Arghh ! Mahu saja dia menghumban lelaki itu di sungai tengkorak yang tidak jauh dari tempat mereka melepak.
“Saya tanya apa cita-cita awak lah cik kak oii... Apa pekerjaan awak sepuluh tahun akan datang? Lagipun, bukan awak seorang sahaja yang mahu menjadi seorang manusia yang berguna kepada bangsa dan juga negara, malah semua orang di dunia ni mahu menjadi sebegitu”, ujarnya panjang lebar.
Amelia terdiam seketika. Otaknya ligat memikirkan cita-citanya yang masih kelam. Dia sendiri tidak tahu dia mahu menjadi apa sepuluh tahun akan datang. Adakah dia mahu menanam anggur sahaja di rumah? Ataupun menjadi seorang jutawan yang berjaya? Ah ! Dia sendiri masih buntu dengan cita-cita serta angan-angannya. Masih terlalu jauh untuk dia gapai semua itu.
“Sejujurnya saya tak tahu apa pekerjaan yang saya mahu”, balasnya setelah lama sepi menyelubungi mereka.
“Ha, awak dok tanya saya tadi kan? Apa cita-cita awak?”, tanyanya lagi kepada lelaki di sebelahnya.
Lelaki itu berdiri lalu berjalan menuju ke buaian yang berhampiran. “Cita-cita saya eh? Urm? Saya nak jadi seorang doktor pakar bedah yang terkenal. Saya nak rawat pesakit dan cari penawar untuk semua jenis penyakit !”. Riang muka lelaki itu bila menyatakan cita-citanya yang mulia itu. Menolong orang yang sakit. Itulah cita-citanya nan satu.
Ah ! Fakhrul... Nama yang tak pernah sesekali luput dari kamus hidupnya. Seorang sahabat yang banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan serta persahabatan. Tapi... Semuanya kini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang takkan kembali lagi.
‘Rul... Lia dah balik ni. Lia tunaikan janji serta impian Rul sepuluh tahun yang lalu. Sekarang, Lia dah jadi seorang doktor pelatih kat sebuah hospital kerajaan yang terkenal ! Minggu depan, Lia akan sambung belajar kat luar negara, University of Oxford. Dulu Rul nak sangat kan sambung belajar kat situ? Tak sabar rasanya Lia nak pergi sana. Lia nak sangat tengok universiti yang menjadi pujaan Rul tu. Mungkin ni kali terakhir Lia datang sini dan mungkin sepuluh tahun akan datang, baru Lia datang tempat ni lagi. Jadi, Rul tunggu Lia tau. Lia rindukan Rul sangat-sangat !’. Amelia mengusap-usap bangku kayu yang dia duduk kini bagaikan objek itu bernyawa. Air matanya menitik dan menitik tanpa henti.
Fakhrul...
Sky Blue Bow Tie